nuffnang adds

FAQ

Soalan Lazim Ditanya

 

1.0      Program dan Pelaksanaan Bisnes
 
1.1      Siapakah entiti penting program ini?
 
Penganjur program adalah syarikat Tone Plus Sdn Bhd. (Tone Plus). Laman web penganjur adalah di www.toneplus.com.my
 
Perkhidmatan produk dibekalkan oleh Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) Laman web pembekal perkhidmatan produk ini adalah di www.tunetalk.com .
 
Laman web  MyTonePlus di www.mytoneplus.com adalah sebuah laman web peribadi dipunyai oleh ADMIN Kamaruzaman Zainal seorang ahli program ini yang bertaraf Service Center. Laman web ini bertujuan membantu ahli mempromosi bisnes ini secara online.
 
1.2      Bagaimana konsep perniagaan Program Rujukan Tone Plus ini?
 
Mengajak kenalan menggunakan talian Tune Talk melalui Sim Kad program rujukan ini iaitu Pelan Prepaid Tone Plus. Anda akan mendapat komisyen hasil dari Top Up mereka selama mana mereka menggunakan prepaid ini.
 
1.3      Siapa penganjur program ini dan bagaimana mereka membayar komisyen ahli?
 
Penganjur program ini adalah syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. Syarikat akan membayar komisyen anda dengan cara memindahkan jumlah komisyen terus ke akaun peribadi anda pada tarikh 25hb setiap bulan.
 
Syarikat tidak menyimpan komisyen tersebut dan akan memasukkan terus ke akaun anda apabila jumlah komisyen melebihi RM30.00.
 
1.4      Apa kaitan program Tone Plus dan program Tone Excel?
 
Program Tone Excel telah berada di pasaran sejak Ogos 2010. Sehingga ini, Tone Excel telah mempunyai lebih 120,000 pengguna. Kejayaan memberangsangkan program Tone Excel menyebabkan Tune Talk melancarkan program terbaru ini – Pelan Tone Plus yang akan dilancarkan pada Oktober 2012.
 
Lembaga Pengarah syarikat penganjur iaitu Tone Excel Sdn Bhd. dan syarikat Tone Plus Sdn Bhd. adalah individu-individu yang sama.
 
1.5      Apa perbezaan utama kedua-dua pelan Tone Excel dan Tone Plus?
 
Pertamanya, kadar panggilan dan sms yang berbeza. Tone Excel (32 sen/panggilan dan 16 sen/sms) sementara Tone Plus (30 sen/panggilan bagi 2 minit pertama, 26 sen minit ketiga dan seterusnya dan 10 sen/sms).
 
Keduanya, perbezaan pelan imbuhan iaitu cara pembayaran komisyen kepada ahli. Tone Excel menggunakan pelan imbuhan Unilevel 3 Aras, sementara Tone Plus menggunakan pelan imbuhan yang dinamakan Reverse 2-Up.
 
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pelan imbuhan  Tone Plus di laman web www.mytoneplus.com .
 
1.6      Bagaimana nak sertai program ini?
 
Untuk sertai program ini anda perlu membeli dan menggunakan Sim Kad prepaid Tone Plus. 
 
1.7      Bagaimana nak dapatkan Sim Kad ini?
 
Daftar percuma dulu di laman web MyTonePlus.com ini, kemudian LOGIN dan klik menu PEMBELIAN (UPGRADE VIP) untuk membeli Sim Kad. Ia akan dihantar secara Poslaju kepada anda dalam 3 hari.
 
1.8      Apakah langkah seterusnya?
 
Anda akan diajar langkah demi langkah cara menyertai kami. Sila Login ke Pejabat Maya anda dan klik menu LANGKAH ANDA Step by Step disebelah panel kiri.
 
1.9      Perlukah saya mengisi borang keahlian?
 
Ya. Borang perlu diisikan oleh anda dan dihantar semula kepada:

Kamaruzaman Zainal (ADMIN)
Peti Surat 6006, Pudu,
55700 Kuala Lumpur

Cara-cara mengisi borang ada terdapat di menu Panduan Borang Keahlian.

Walaubagaimanapun, sekiranya maklumat anda dalam akaun laman web promosi MyTonePlus ini lengkap, pihak ADMIN akan membantu mengisikan borang keahlian tersebut bagi pihak anda. Sila Login ke Pejabat Maya dan kemaskinikan data anda. Anda tidak perlu menghantar kembali borang tersebut.
 
 
1.10    Berapakah harga bayaran yang dikenakan?
 
Harga jualan prepaid Tone Plus adalah RM80.00 sekeping tidak termasuk kos penghantaran Poslaju iaitu RM10.00 (untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja). Jumlah besar adalah RM90.00 sahaja. Di dalam Sim Kad tersebut telah tersedia nilai tambah (top up) bernilai RM30.00
 
ADMIN menasihatkan anda mendapatkan Sim Kad ini dari Penaja anda dahulu. Sekiranya Penaja anda tidak mempunyai stok, baru lah anda membeli dari ADMIN.
 
1.11    Bagaimana membeli dan menjual Sim Kad Tone Plus ini?
 
Beli Bisnes Pack Tone Plus (4 keping) pada harga RM240.00 dari ADMIN untuk dijual kepada ahli pengguna baru anda pada harga RM80.00 sekeping. Keuntungan adalah kepunyaan anda.
 
1.12    Saya tidak mampu beli Bisnes Pack pada harga RM240. Bagaimana nak jalankan bisnes ini?
 
Anda hanya beli 1 Sim Kad dari PENAJA anda atau dari ADMIN laman web ini dan apabila prospek pengguna anda ingin membeli Sim Kad, sila minta mereka membelinya dari ADMIN laman web ini dengan klik menu Pembelian di Pejabat Maya. Tetapi, anda tidak akan mendapat keuntungan RM20 sekeping kad tersebut.
 
1.13    Bolehkah warganegara asing join program ini?
 
Ya boleh, dengan syarat ada nombor passport dan akaun bank mesti akaun bank Malaysia.
 
1.14    Bolehkah mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi join program ini?
 
Ya, boleh.
 
1.15    Apakah syarat layak komisyen?
 
Syarat layak komisyen adalah 2 perkara:
 
  1. Anda akan menerima komisyen 13% hanya setelah merujuk 4 ahli baru kedalam program ini. Jika belum, anda hanya menerima 3% sahaja.
  2. Maintain bulanan ialah membeli Top Up berjumlah RM30.00 dalam masa sebulan.
 
1.16    Apa jadi jika saya telah merujuk hanya 1 atau 2 atau 3 orang sahaja? 

Setelah 30 hari dari anda bermula, jika anda masih tidak mendapat 4 ahli pengguna baru, maka anda tidak berhak menerima sebarang pengguna baru yang dihantar kepada anda oleh pengguna baru tajaan anda. Pengguna-penguna baru tersebut akan dihantar terus kepada Penaja anda. Sementara itu, pengguna baru tajaan anda akan terus kekal bersama anda.

Sementara itu, komisyen dari hasil Top Up ahli tajaan anda adalah hanya 3% sahaja selagi anda belum mendapatkan 4 orang.

Anda boleh melihat kedudukan tempoh 30 hari yang diberikan kepada anda dengan Login ke akuan ahli anda di www.toneplus.com.my
 
 
1.17    Bilakah masa 30 hari itu bermula dan bagaimana ia dikira?
 
30 hari dikira bermula pada tarikh anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus secara rasmi. Iaitu pada tarikh anda mendapat nombor keahlian TPA.
 
1.18    Bagaimana Bonus Tahun Baru dikira dan bila ia dibayar?
Bonus Tahun Baru dikira setiap bulan berdasarkan pendapatan anda pada bulan tersebut. Ia akan disimpan dan hanya dibayar sekali sahaja setiap tahun pada bulan 25 Januari tahun beriikutnya.

1.19    Setelah saya mendapat 4 pengguna baru, adakah saya boleh menambah bilangan pengguna baru?
Ya. Anda boleh menambah dengan menaja terus seberapa ramai ahli pengguna baru tanpa had setelah anda mendapatkan 4 ahli pengguna yang pertama dan 2 orang telah dihantar kepada PENAJA anda.
 
1.20    Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?
 
Pembayaran dilakukan oleh syarikat penganjur iaitu Tone Plus Sdn Bhd terus ke akaun bank anda pada 25 haribulan setiap bulan.
 
1.21    Bagaimana jika komisyen saya pada bulan tersebut kurang RM30.00?
 
Jumlah tersebut akan dibawa ke bulan hadapan.
 
1.22    Adakah sebarang tolakan dari pembayaran komisyen?
 
Ya. Setiap satu transaksi pemindahan komisyen akan dikenakan tolakan RM3.00 yang merupakan Caj Perkhidmatan Bank.
 
1.23    Adakah saya perlu Top Up RM30.00 sekali gus untuk melayakkan menerima komisyen?
 
Jumlah RM30.00 boleh sekali gus atau juga boleh sedikit-sedikit asalkan jumlah sebulan adalah sekurang-kurangnya RM30.00.

1.24    Apa jadi jika saya tidak Top Up minima RM30.00?
 
Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen ini tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30.00, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.
1.25    Jika ahli Pengguna (downline) Top Up kurang dari RM30. Adakah saya akan menerima komisyen 13% daripadanya? 

Ya. Jika anda sendiri layak setelah Top Up RM30 sebulan dan telah menaja 4 pengguna baru, anda akan menerima komisyen 13% walau berapa pun jumlah Top Up pengguna anda.
1.26    Bagaimana cara maintain Top Up RM30 pada 1 bulan ini dikira?

Top Up RM30 anda dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.

1.27    Saya telah membuat Top Up tetapi kenapa rekod di laman web ahli tidak update dan tidak menunjukkan rekod Top Up tersebut. ?

Kemaskini rekod Top Up di laman web ahli berlaku setelah 4-5 hari iaitu setelah pihak Tone Plus menerima rekod Top Up tersebut dari pihak Tune Talk. Jika anda telah Top Up pada hari terakhir hujung bulan dan agak risau tentang komisyen anda, sila talipon Ibupejabat setelah 4-5 hari anda melakukan Top Up tersebut.

1.28    Bolehkan seseorang menjadi ahli program tetapi akaun banknya adalah atas nama orang lain?
 
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur Tone Plus Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan.
 
Borang tersebut boleh di download di Pejabat Maya dan klik Ruang Download di panel kiri.
 
Sila download borang ‘3rd Party Bank Account’ tersebut, isikan dan fax ke 03-9057 5906.
 
1.29    Kenapa saya tidak menerima komisyen?
 
Pertamanya, semak kelayakan anda. Adakah anda layak? Perhatikan juga tarikh pembayaran yang sepatutnya
 
Keduanya, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (21hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan 1-2 hari lewat.
 
Ketiga, paling penting sila lihat maklumat bank anda. Adakah ia betul?
 
1.30    Adakah keahlian tamat sekiranya lama tidak menaja sesiapa?
 
Tidak
 
1.31    Bagaimana keahlian tamat?
 
Cara paling mudah untuk mengetahuai samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Sim Kad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Sim Kad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Sim Kad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat.
 
Untuk pengetahuan, Sim Kad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi.
 
Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini.
 
1.32    Apakah laman web rasmi syarikat untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen?
 
Laman web rasmi ahli adalah di www.toneplus.com.my. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.
 
Setelah menjadi ahli rasmi program,  anda akan dibekalkan dengan ‘username’ iaitu No IC/passport anda dan ‘password’ awal 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.
 
Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru di laman web rasmi ini.
 
1.33    Bagaimana jika saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?
 
Anda perlu membuat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.
 
1.34    Bagaimana memperbaharui keahlian yang tamat?
 
Anda perlu beli Sim Kad baru dan daftar semula.
 
1.35    Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?
 
Boleh. Tetapi penaja mestilah penaja yang sama. Anda dibenarkan mendaftar 7 akaun ahli dengan menggunakan Sim Kad dan nombor Tune Talk berbeza.
 
1.36    Adakah kadar panggilan Tone Plus 28 sen/panggilan mahal?
 
Sudahkah anda melihat kadar dari DIGI ke telco lain? Jika anda melihatnya, kadar Tone Plus adalah antara yang termurah.
 
Keduanya, kita tidak boleh membandingkan secara terus nilai sesuatu pelan samada murah atau mahal kerana yang nyata pelan yang ada di pasaran adalah untuk mengutip duit prepaid anda! Sementara pelan Tone Plus membayar kembali sebahagian kepada anda.
 
Faktor harga semata-mata bukan tarikan utama dalam pemasaran sesuatu pelan.
 
1.37    Bolehkah mereka yang tinggal di Brunei, Singapura dan Indonesia menyertai program ini?
 
Memang ramai penduduk negara tersebut yang bertanyakan perkara ini kepada ADMIN. Walaubagaimanapun, program ini tidak terdapat di negara-negara tersebut lagi.
 
Walaupun penduduk negara tersebut boleh menyertai program ini tetapi beberapa perkara pokok perlu diatasi.
 
Pertama, Sim Kad boleh digunakan dengan cara ‘roaming’ apabila digunakan di luar negara. Maka, kadar call adalah kadar roaming dinegara terbabit.
 
Kedua, tempat Top Up tiada di Negara-negara terbabit. Bagi penduduk di Singapura, ia boleh Top Up di Johor Bharu, Bagi Brunei pula adalah di Limbang.
 
Ketiga, akaun bank mesti bank Malaysia. Jika mereka ada akaun bank Malaysia, maka tiada masalah pembayaran komisyen.
 
Tiada halangan untuk menyertai program ini jika ketiga-tiga perkara diatas boleh diatasi.
 
1.38    Bolehkah anda buat bahan bercetak atau laman web sendiri untuk mempromosi bisnes ini?
 
Ya. Boleh. Anda boleh hubungi Ibu Pejabat Tone Plus bagi memastikan bahan-bahan anda tidak terkeluar dari garis panduan yang telah dibenarkan.
 
 
2.0      Produk, Teknikal dan Kelebihan
 
2.1      Talian apa yang digunakan oleh prepaid Tone Plus dan Top Up apa yang perlu dibeli?
 
Prepaid Tone Plus menggunakan talian Tune Talk. Apabila anda beli Top Up, anda hanya perlu sebut “Top Up Tune Talk” dan bukan Top Up Tone Plus!
 
2.2      Bagaimana dengan coverage Tune Talk?
 
Tune Talk menggunakan infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda bagus maka Tune Talk pun sama juga.
 
2.3      Bagaimana kadar panggilan keluar negara?
 
Kadar panggilan keluar negara boleh di lihat disini. Klik (akan datang)
 
2.4      Bagaimana kadar panggilan Tone Plus jika saya berada di luar negara?
 
Ia menggunakan kadar ‘roaming’ . Kadar panggilan roaming boleh di lihat disini. Klik (akan datang)
 
2.5      Kenapa terdapat kadar Tune Talk semurah 16 sen/panggilan dan 5 sen/sms di pasaran?
 
Ketahui bahawa terdapat 3 pelan Tune Talk yang berbeza di pasaran iaitu:
 
  1. Pelan biasa yang dijual di kedai-kedai pada harga RM5.00 satu Sim Kad dan kadar 16sen/panggilan dan 5 sen/sms. Pelan ini tiada program rujukan. Anda tidak mendapat komisyen apabila merujuk orang.
  1. Pelan Tone Excel, harga RM80 sekeping, 32 sen/panggilan dan 16 sen/sms. Ada program rujukan dan diedarkan oleh ahli Tone Excel sahaja. Program rujukan menggunakan sistem pembayaran komisyen Unilevel 3 Aras apabila menaja ahli baru.
 
  1. Pelan Tone Plus, pelan terbaru, harga RM80 sekeping, 28 sen/panggilan, 10 sen/sms. Ada program rujukan dan diedarkan oleh ahli Tone Plus sahaja. Program rujukan mengunakan sistem pembayaran komisyen Reverse 2-Up apabila menaja ahli baru. 
 
2.6     Adakah Sim Kad Tone Plus ini sama dengan Sim Kad Tune Talk yang dijual di kedai-kedai pada harga RM5.00?
 
Tidak. Sim Kad talian prepaid Tune Talk yang dijual di kedai-kedai terbuka tidak termasuk dalam pelan Tone Plus ini. Ia adalah pelan biasa prepaid seperti yang terdapat di pasaran. Ia juga tidak boleh digunakan untuk menyertai program ini.
 
2.7      Bagaimana cara kekal nombor lama?
 
Anda perlu dapatkan Sim Kad Tone Plus dahulu, setelah itu satu nombor talian Tune Talk akan diberikan kepada anda (010/011). Sim Kad Tone Plus ini perlu diaktifkan seperti biasa menggunakan nombor baru tersebut.
 
Setelah itu, anda boleh melakukannya mengikut tatacara Langkah 5 seperti di LANGKAH ANDA Step By Step di dalam Pejabat Maya.
 
Pastikan anda telah menerima Sim Kad Tone Plus dahulu dan ia berada di tangan sebelum anda melakukan pengekalan nombor. Ini bagi mengelakkan komplikasi. Syarat-syarat pengekalan terdapat dalam menu tersebut di Pejabat Maya. 
 
2.8      Bagaimana check baki dan lain-lain fungsi?
 
  • Untuk Top Up adalah *122*<16 Digit># dan Call
  • Untuk Check Baki *133# dan call
  • Untuk kongsi kredit *111# dan pilih no 3 (kredit)
  • Untuk kadar istimewa Tune Buddies - *111# pilih option 4 – services, kemudian Option 3, Favourite 8

2.9      Bagaimana setting untuk kadar Istimewa Tune Buddies dan Blackberry?
 
Untuk setting Tune Buddies, sila klik http://www.toneexcel.com/?content=tunebuddies
 
Untuk setting Blackberry, sila klik http://www.toneexcel.com/?content=blackberry

2.10    Bagaimana setting MMS?
 
Pada ketika ini, Tone Plus tiada fungsi MMS.

2.11    Bagaimana setting untuk akses internet GPRS?
 
Untuk melayari internet, anda perlu gunakan GPRS. Taipkan SET dan hantar ke 20999. Sila ikut arahan yang diberikan.
 
2.12    Apa perlu dilakukan apabila kehilangan Sim Kad?
 
Pertama sekali buat laporan terus ke ADMIN atau Ibupejabat Tone Plus untuk menghentikan penggunaan Sim Kad itu serta merta.
 
Seterusnya, dapatkan Sim Kad ganti melalui ADMIN laman web. Harga satu Sim Kad ganti adalah RM10. Sila tambah RM10 untuk penghantaran Poslaju.
 
2.13    Nombor IC/passport tersilap sewaktu pendaftaran. Apa yang perlu dilakukan?
 
Sila hantar maklumat keahlian melalui email ke Admin@MyTonePlus.com.
 
Sila lampirkan SCAN IC/passport dengan jelas.
 
2.14    Setelah melakukan pengekalan nombor lama, handphone boleh terima ‘Call In’ sahaja tetapi tidak boleh ‘Call Out’. Apa perlu dilakukan?
 
Kadang-kadang masalah ini berlaku, betulkan setting dalam hanphone anda dengan langkah berikut:
 
1.    Dalam handphone anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING
.
2.    Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain dari Tune Talk dan CELCOM. Anda kena pilih DIGI atau MAXIS.
 
3.    Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNE TALK atau CELCOM.
 
4.    Sila OFF handphone anda dan ON semual dan cuba buat panggilan keluar dan masuk.
 
Jika masih ada masalah, sila hubungi khidmat pelanggan Tune Talk di 13100 atau 010 5001 333 atau Tone Plus 010-7727 587 untuk pembetulan setting.
 
2.15    Berapakah nilai tambah Top Up yang dijual dan berapa lama tempoh masa kegunannnya?
 
RM 5.00 – 5 Hari
RM10.00 – 11 Hari
RM30.00 – 50 Hari
RM50.00 – 75 Hari
 
2.16    Bagaimana  jika terdapat masalah mendapatkan TAC Bank?
 
Tune Talk – Tone Plus kini telah boleh menerima TAC dari Maybank2U dan CIMBClicks. Jika terdapat masalah, sila pergi ke mesin ATM, tukar ke nombor talipon lain dahulu dan masuk semula dan tukar semula ke nombor Tone Plus anda.
 
2.17    Kenapa Sim Kad perlu segera digunakan dengan cara membuat satu sms atau call selepas ia diaktifkan?
 
Setelah Sim Kad diaktifkan dan mempunyai nombor, selagi anda tidak melakukan satu sms atau satu call maka sistem Tune Talk tidak mencatitkan penggunaan pertama nombor anda menyebabkan Penaja anda tidak menerima komisyen.
 
2.18    Bagaimana pelan ‘Top Up’ Tune Talk dan dapat Point (mata) untuk tebus tiket kapalterbang Air Asia berfungsi?
 
Setiap kali anda Top Up anda akan mendapat mata (point). Jika anda kumpulkan point itu, ia boleh ditukarkan dengan tiket kapal terbang Air Asia. Contohnya, anda Top RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda Top RM50, anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan points ini, jika sudah cukup, anda boleh tukarkan dengan tiket Air Asia untuk naik kapalterbang PERCUMA. Contohnya, jika cukup 3000 points, anda boleh terbang ke Langkawi secara PERCUMA.
 
Untuk menyemak point diterima sila dail *133#. Jika anda tidak mendapat point tersebut, sila dail Tune Talk di 13100 dan minta membuat pembetulan.
 
Untuk menyemak maklumat lanjut tentang perkara ini, sila klik link ini - http://tunetalk.com/services/pointshow
 
2.19    Bagaimana untuk layak mendapat perlindungan Insuran?
 
Perlindungan insuran kemalangan peribadi (PA) mula layak setelah 61 hari Sim Kad anda diaktifkan. Anda perlu Top Up minima RM30 selama 2 bulan berturut-turut.
2.20    Saya terlupa Top Up RM30 bulan kedua, apakah kedudukan insuran saya?
 
Anda tidak layak insuran kerana syarat awal atau utama untuk layak adalah anda perlu Top Up RM30 untuk 2 bulan berturut-turut dahulu. Maka, untuk layak , anda perlu membuat semula Top Up RM30 selama 2 bulan berturut-turut sekali lagi. Setelah layak, anda perlu mengekalkan kelayakan tersebut dengan Top Up RM30 sebulan. Jika ada bulan-bulan yang anda Top Up kurang RM30, maka bulan tersebut anda tidak layak. Seterusnya jika anda Top Up semula RM30 maka, anda layak semula insuran pada bulan tersebut tanpa perlu buat 2 bulan berturut-turut.
 
2.21    Bagaimana untuk tahu samada anda layak mendapat perlindungan Insuran?
 
Setelah 61 hari dan Top Up RM30 dua bulan berturut, untuk memeriksa kelayakan anda samada telah mula dilindungi atau tidak, anda boleh memasukkan nombor IC/passport anda di laman web Tune Talk atau klik link ini – http://www.tunetalk.com/services/insurance

2.22    Bagaimana untuk tahu ‘policy wording’ atau butir-butir terperinci perlindungan, apa yang layak dan apa yang tidak layak?
 
Untuk memeriksa butir-butir ‘policy wording’ dan kesemua syarat-syaratnya, sila ke laman web Tune Talk. Anda boleh ‘download’ polisi perlindungan tersebut di  http://tunetalk.com/services/insurancepolicy
 
atau terus ‘download’ fail PDF disini -

2.23    Bagaimana untuk dapatkan borang tuntutan?
 
Borang tuntutan boleh di ‘download’ di laman web TuneTalk atau klik disini -

2.24    Boleh terangkan tentang penama insuran?
 
Anda boleh menamakan sesiapa sebagai penerima insuran 100K tersebut. Jika anda ingin menamakan atau mengubah maklumat penama, sila download borang ini dan hantar ke Tune Talk.
 
Borang boleh didapati di laman web Tune Talk atau klik link ini –

2.25    Bagaimana jika saya ingin maklumat lebih lanjut mengenai insuran?
 
Jika anda mempunyai kekeliruan mengenai insuran, anda boleh mengkaji Soal Jawab insuran di laman web Tune Talk atau klik link ini.
 
Anda juga boleh menalipon terus ke bahagian Tune Talk Customer Service Officer di talian 03 2070 2828 atau 03 2070 8033
 
 
3.0      Laman Web MyTonePlus.com
 
3.1      Apakah fungsi laman web promosi MyTonePlus.com ini?
 
Laman web promosi MyTonePlus.com adalah bertujuan untuk membantu anda menguruskan aktiviti mempromosi program Tone Plus secara online. Ia bertindak sebagai peralatan promosi tambahan untuk anda menaja ahli pengguna baru.

Pendaftaran keahlian dan menjalankan urusniaga bisnes ini masih boleh dilakukan walaupun tanpa melalui laman web ini.
 
3.2      Apakah kebaikan menggunakan laman web ini?
 
Anda akan diberikan satu laman web promosi (replika) atas nama anda untuk mempromosi diri anda dalam bisnes ini. Satu link akan diberikan berdasarkan ’username’ yang anda daftarkan di laman web ini. Pemberian laman web promosi atas nama anda ini adalah PERCUMA.
 
Tugas anda bertambah mudah apabila segala penerangan maklumat telah tersedia di laman web ini. Anda hanya mempromosi link laman web anda sahaja kerana sesiapa yang mendaftar melalui laman web promosi anda akan didaftarkan sebagai prospek ahli pengguna anda.
 
3.3      Bagaimana cara saya mempromosi dan menaja orang lain menggunakan laman web ini?
 
Anda mempromosi link laman web promosi anda sahaja. Minta kenalan tersebut membaca maklumat dan bantu beliau memahami segala perkara yang terdapat dalam laman web.
 
Apabila mereka bersedia, minta mereka mendaftar di laman web promosi anda tersebut. Dengan jelas, nama anda akan tertera sebagai Penaja apabila beliau mula mendaftar.
 
Seterusnya, mereka perlu membeli Sim Kad seperti mana yang telah di beritahu caranya di Pejabat Maya laman web beliau.
 
3.4      Boleh terangkan cara link dibuat terutama apabila mempromosi di Facebook?
 
Okay, apabila anda mendaftar di laman web ini, anda diminta memilih ‘username’. Pilih username yang menarik dan mudah diingat kerana anda akan memberikan link anda kepada kenalan. Jika mereka salah eja ‘username’ anda, maka mereka tidak akan sampai ke laman web anda.
 
Katakan anda telah memilih ‘username’ contohnya – jutawan. Apabila anda berjaya mendaftar diri dalam laman web ini, anda akan mendapat link seperti ini – www.mytoneplus.com/jutawan
Link ini adalah alamat laman web promosi anda. Sesiapa yang mendaftar menggunakan link ini akan menjadi prospek pengguna anda. Anda boleh menyemaknya di Pejabat Maya.
 
Apabila anda mempromosi di mana-mana, tulis dengan lengkap, ejaan alamat link tersebut mesti betul. Jangan letak titik atau jarak yang akan menyebabkan link itu salah.
 
Di Facebook, apabila anda menaip link itu, gambar-gambar yang bersesuaian boleh dipilih. Ayat-ayat promosi boleh ditulis sebelum anda taip link tersebut. Jika anda dapati tiada gambar keluar, anda boleh copy sahaja ayat promosi tersebut bersama alamat link dan buat post yang baru.
 
3.5      Bagaimana dengan mereka yang tidak ada alamat email?
 
Laman web ini banyak menggunakan email yang akan ditujukan kepada anda. Agak sukar bisnes beroperasi dan berhubung bila anda tiada alamat surat menyurat secara email. Sila buat satu email sendiri.
 
3.6      Siapa yang boleh menggunakan laman web promosi MyTonePlus.com ini?
 
Laman web promosi ini adalah milik peribadi ADMIN. Hanya pengguna Tone Plus yang membeli Sim Kad dari ADMIN laman web ini atau mereka yang membeli dari Penaja yang membeli Sim Kad dari laman web ini sahaja dibenarkan menggunakan laman web ini.

Sila rujuk kepada PENAJA anda untuk mengetahui samada mereka mendapatkan Sim Kad tersebut dari stok ADMIN laman web promosi ini.
3.7 Kenapa akaun MyTonePlus saya belum diaktifkan walau saya telah berdaftar sebagai pengguna?

Pertamanya, ADMIN akan hanya mengaktifkan laman web anda setelah menerima maklumat dari Penaja anda seperti LANGKAH 4 dalam menu LANGKAH ANDA Step By Step. Sila minta penaja anda melakukannya.

Keduanya, Sim Kad hendaklah datangnya dari stok ADMIN. Nombor Sim Kad hendaklah sama dengan nombor Sim Kad stok dari ADMIN. Pastikan PENAJA anda membeli Sim Kad tersebut dari ADMIN laman web ini.

3.8 Saya telah mendaftar dalam program ini tetapi Sim Kad saya tidak dibeli melalui stok ADMIN laman web ini, bagaimana saya boleh menggunakan laman web ini?

Jika anda ingin menggunakan laman web promosi ini tetapi anda telah pun membeli atau menyertai program ini melalui pembelian Sim Kad yang bukan berasal dari ADMIN laman web ini, sila hubungi ADMIN dengan memberikan ‘username’ akaun web promosi anda dan lakukan pembelian sekurangnya-kurangnya satu (1) keping Sim Kad bagi setiap satu (1) akaun yang akan diaktifkan. ADMIN boleh dihubungi secara email di admin@mytoneplus.com.

3.9 Kenapa Penaja perlu hantar maklumat untuk aktifkan laman web?

Penaja anda mempunyai maklumat pendaftaran talian Tune Talk yang dibekalkan oleh anda kepadanya dan hanya PENAJA sahaja yang boleh yang mendaftarkan anda dalam program Tone Plus. Dengan demikian, ADMIN perlu mendapatkan segala maklumat-maklumat pendaftaran tersebut sebelum mengaktifkan laman web promosi anda.

3.10 Apa perlu saya buat sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 3 hari?

PENTING! Segala urusan laman web promosi ini berjalan melalui email. Sila semak email anda. Setelah pembayaran dibuat, jika anda tidak menerima sebarang maklum balas melalui email setelah 3 hari bekerja*, sila hubungi ADMIN dengan segera melalui email dan alamatkan ke ADMIN@MyTonePlus.com.

*3 hari bekerja tidak termasuk Sabtu (1/2 hari), Ahad dan Cuti Umum.


Jika anda tidak mendapat jawaban kepada persoalan anda seperti di atas, anda boleh juga menghubungi :
  1. Penaja Anda
    Rosidah Bte Othman | Tel : 0127490468
     
  2. Pembekal Talian Tune TalkTune Talk Care Line- 13100
     
  3. Penganjur Program Tone PlusTone Plus Care Line - 010-5000 969/ 010-772 7587
     
  4. ADMIN Laman Web Kamaruzaman Zainal - 010-796 2696

Tiada ulasan:

Catat Ulasan